Monday, April 16, 2012

Bab 5 Etika dan Tanggungjawab Sosial


NOTA PENTING

5.1 DEFINISI

Etika Kerja                         

  • Satu set peraturan kerja yang menjelaskan tanggungjawab dan tingkah laku yang sepatutnya ada pada seseorang dalam bidang professionalnya
  • Menerkan kan pembentukan tingkah laku individu ke arah yang konsisten dengan norma- nirma kumpulan profesioan tertentu

Etika Peringaan
  • Satu set nilai dan peraturan yang mengandungi peraturan yang baik atau buruk di dalam operasi perniagaan.
  • Menekankan kepada standard moral yang digunakan dalam polisi perniagaan, institusi dan sikap.

Tanggunjawab sosial 
  • Kewajipan sesuatu organisasi memberi sumbangan untuk kebajikan masyarakat.
  • Sumbangan seperti menjaga alam sekitar, menderma membina kemudahan dan lain..


5.2 PERNIAGAAN DAN MASYARAKAT

A. Pihak Berkepentingan

1. Maksud pihak berkepentingan  
  • Pihak yang menerima kesan hasil daripada tindakan yang diambil oleh sesebuah perniagaan

2.    Kepentingan yang perlu diambil kira oleh peniaga terhadap pihak berkepentingan

Pihak berkepentingan                 
Pesaing
Kepentingan yang perlu diambil kira oleh peniaga                      
  • Menjaga kepentingan pesaing seperti tidak sengaja menawarkan harga
            yang lebih rendah daripada pesaing
  • Mengadakan persaingan sihat bagi menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pengguna
  • Mengamalkan nilai moral yang baik seperti tidak mencemarkan nama pesaing

 Pembekal                      
  • Membayar kredit perdagangan pada tempoh yang ditetapkan              
  • Memastikan perjanjian jual beli dipersetujui dengan jelas
  • Tidak mengeksploitasi pembekal kecil seperti memaksa pembekal kecil menawarkan harga yang rendah

Pelanggan          
·         Menyesuaikan barangan dan perkhidmatan dengan perubahan cita rasa pengguna
·         Menyampaikan barangan dan perkhidmatan kepada pengguna pada masa, kuantit
dan mutu yang tepat dengan harga yang berpatutan kepada pengguna   
·     Memberi maklumat penuh tentang barangan dan perkhidmatan   
·   Tidak menyembunyikan stok bagi tujuan mendapat untung   
·   Membina kepakaran dalam bidang perniagaannya atau bersikap profesional di dalam tindakannya terhadap pengguna

Kerajaan                        
  • Membayar cukai perniagaan tepat pada masa dan jumlahnya
  • Melaksanakan perniagaan mengikut undang-undang dan peraturan   
  • Menggunakan sumber dengan balk dan optimum untuk mengurangkan pembaziran   
  • Bekerjasama dan membincangkan perkara berkaitan dengan undangundang dan pelaksanaannya dengan kerajaan   
  • Menyokong dasar kerajaan dengan melibatkan din i dalam program yang dianjurkan oleh kerajaan

Pekerja                          
  • Mewujudkan suasana tempat kerja yang selesa dan selamat   
  • Menjaga kebajikan pekerja dari segi memberi cuti yang cukup, perubatan yang percuma dan lain-lain   
  • Bersikap adil dalam pengambilan pekerja, penilaian prestasi, pemberian latihan dan lain-lain    Mengambi I kira idea dan pandangan pekerja 
  • Membayar upah mengikut kelayakan dan produktiviti

Masyarakat                     
  • Mengambil kira kepentingan masyarakat seluruhnya dalam segala keputusan seperti prihatin terhadap kesan ke atas alam sekitar dan sosial yang timbul akibat dari kegiatan perniagaan   
  • Mengesan keperluan asas masyarakat dari masa ke semasa   
  • Menggunakan sumber untuk memberi faedah optimum kepada masyarakat   
  • Membiayai projek pembangunan sosial seperti membina perhentian bas dan lain-lain.



Pembiaya dan pemegeang saham                
  • Membayar hutang mengikut syarat perjanjian kepada pembiaya
  • Memberi pulangan yang berpatutan dalam bentuk dividen kepada pemegang saham   
  • Menggunakan sumber kewangan dengan cekap dan bertanggungjawab untuk memastikan kemampuan membayar dividen dan hutang   
  • Membekalkan maklumat yang diperlukan oleh pembiaya dan pemegang saham


B. Tanggungjawab Sosial Lawan Untung

1. Pandangan yang menyokong tanggungjawab sosial
 (a) Bagi mempertingkatkan imej organisasi melalui publisiti, seterusnya memperbaiki hubungan dengan masyarakat demi kepentingan organisasi dalam jangka masa panjang (b)  Mematuhi peraturan kerajaan bagi mengelakkan din i daripada dikenakan hukuman akibat pencemaran alam sekitar yang disebabkan aktiviti perniagaan
(c)   Mematuhi kehendak norma-norma sosio budaya kerana undang-undang tidak boleh diluluskan untuk mengendalikan semua keadaan
(d)  Memperoleh perolehan sesaham yang lebih tinggi dalam jangka panjang kerana pasaran saham menganggap syarikat tersebut kurang terdedah kepada kritikan awam
(e) Sebagai bantuan kepada kerajaan untuk menyelesaikan masalah sosial yang gagal dilaksanakan.

2.    Pandangan yang menentang tanggungjawab sosial
(a) Tanggungjawab sosial akan menjejaskan keuntungan perniagaan kerana ia melibatkan perbelanjaan yang besar
(b)  Kos tanggungjawab sosial yang terlalu tinggi akan dipindahkan kepada pengguna, di mana pengguna terpaksa menanggung beban harga barangan dan perkhidmatan  yang meningkat
(c)   Bukan semua perniagaan mampu melaksanakan tanggungjawab  sosial. Ini kerana mereka menghadapi masalah kekurangan kemahiran dalam menyelesaikan masalah sosial (d)  Perniagaan kurang akaimtabiliti terhadap masyarakat awam dan pihak kerajaan tidak mempunyai kawalan terhadap penglibatan sosialnya
(e)   Penglibatan perniagaan dalam bidang sosial tidak mendapat sokongan yang luas daripada masyarakat kerana ia sepatutnya disediakan oleh pihak kerajaan

Perbandingan Pendekatan Antara Barat Dengan Timur Tentang Etika dan Tanggungjawab Sosial Perniagaan

1. Hubungan manusia dengan manusia

Pendekatan Timur                                


Pendekatan Barat
(a) Islam                                
·         Manusia adalah makhluk terbaik yang di bekal oelh tuhan
·         Tanggungjawab terhadap manusia, iaitu saling membantu

B Confucious
  • Mengutamakan tolenransi, harmoni, perpaduan kepercayaan dalam kumpulan.
  • Menekanka hubungan baik dalam keluarga dan perasaan perikemanusian terhadap orang lain
Pendekatan Barat

a)      Aristotle
·         Kehidupan harmoni bergantung kepada tendensi manusia sendiri
·         Kebaikan adalah mengikut kemampuan sendiri
b)      Protagores
·         Manusia berhak sepenuhnya untuk menentukan nilai baik buruk
c)      Plato
·         Orang yang melakukan kejahatan bukan kerana jahat tetapi kejahilan ilmunya
·         Namun, orang yang tidak berpengetahuan juga boleh melakukan kebaikan, tetapi kebaikan itu adalah kebetulan sahaja.




2. Hubungan manusia dengan tuhan

Pendekatan Timur                                 4
a)      Islam
  • Manusia mempunyai hubungan dengan Allah
  • Manusia takut melakukan kesalahan terhadap suruhan tuhan
  • Manusia setia terhadap Allah

Pendekatan Barat
a)      Aristotle
·         Hubungan antara manusia dan tuhan diiktiraf
·         Untuk mendapatkan lebih banyak kepercayaan, manusia mesti bertindak dengan baik dan mendekati tuhan dengan lebih mendalam untuk mengetahui apa yang di kehendaki oeh tuhan
b)      Kristian
·         Menitikberatkan unsur kasih sayang dan belas kasihan antara manusia
·         Menusia perlu mencintai tuhan dengan sepenuh jiwa sperti mencintai diri sendiri.
3. Hubungan manusia dengan alam
Pemdekatan timur
a)      Islam
·         Manusia ditugas oleh Allah untuk mentadbir alam sekitar.
·         Bertnaggungjawab atas pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar
·         Tidak boleh merosakkan alam.

b)     Taoisme
  • Keharmonian dengan alam
  • Manusia seharusnya bebas daripada peraturan ciptaan manusia dan mengamalkan kesederhanaan peristiwa yang berlaku dalam alam adalah saling berkait.

Pendekataa Barat

  1. Perspektif Utilitarian
·         Manusia mesti membuat penilaian tentang kebaikan atau keburukan dengan melihat semua yang terlibat dalam jangka pendek dan panjang.

  1. Pespektif Deontologikal
·         Manusia mesti menilai setiap aktiviti sama ada ia melanggar hak- hal individu ataupun tidak .


5.3 TANGGUNGJAWAB SOSIAL

A. Definisi
Kewajipan sesuatu organisasi memberi sumbangan untuk kebajikan masyarakat

B. Warga Korporat

1. Definisi  
·         Mereka yang bekerja dalam sektor swasta dan membantu mencapai objektif korporat, iaitu mencapm keuntungan.
·          
2.    Peranan warga korporat  
  • Membantu gglongan miskin melalui derma, biasiswa dan pinjaman   
  • Menjaga alam sekitar, iaitu tidak mencemarkan alam sekitar apabila melakukan aktiviti perniagaan   
  • Bergiat dalam aktiviti sosial seperti gotong royong dan program ’Young Enterprise’.   
  • Menyediakan kemudahan awam seperti kerusi awam, lampu jalan, perhentian bas dan lain-lain untuk kegunaan masyarakat   
  • Memenuhi keperluan masyarakat dengan menawarkan pelbagai pilihan barang pada harga yang berpatutan 
  • Menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada masyarakat









3. Golongan warga korporat
Pemegang saham         

Pihak yang menyumbang modal dan merupakan pemilik syarikat    Bertujuan mendapat untung maksimum melalui dividen dan nilai saham yang tinggi

Lembaga pengarah            
  • Sekumpulan kakitangan syarikat yang menjadi pengurus di peringkat yang tinggi    Menentukan halatuju syarikat, membuat keputusan dan membentuk hubungan baik dengan pihak berkepentingan

Pengurusan syarikat          
  • Pihak pengurusan yang terdiri daripada pengurus atasan, pertengahan dan bawahan    Melaksanakan perancangan dari lembaga pengarah dan memastikan matlamat syarikat tercapai

Pekerja syarikat               
  • Golongan yang membantu pihak pengurusan dan lembaga pengarah mencapai matlamat syarikat    Menjalankan bidang tugas masing-masing dengan kemahiran yang dimiliki

5.4 KEPENGGUNAAN

A. Definisi Pergerakan yang tersusun secara kolektif untuk melindungi kepentingan pembeli dan pengguna barangan dan perkhidmatan

B. Hak-hak Pengguna

1. Hak kepada keperluan asas
  • Hak mendapat barangan dan perkhidmatan asas yang perlu untuk terus hidup    Barangan dan perkhidmatan asas termasuk makanan yang mencukupi, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan lain-lain.

2. Hak kepada keselamatan  
  • Pengguna berhak kepada keselamatan barangan yang telah dibeli  Pengguna dilindungi daripada sebarang kecacatan produk yang membahayakan kesihatan dan kehidupan
3.    Hak untuk mendapat maklumat  
  • Hak untuk diberi maklumat yang lengkap dan jelas untuk membuat keputusan atau pilihan    Pengguna dilindungi daripada bahan publisiti yang tidak tepat dan mengelirukan seperti pengiklanan, perlabelan dan lain-lain


4. Hak mendapat ganti rugi  
  • Hak kepada penyelesaisn tuntutan yang adil    Termasuk hak mendapat pampasan bagi salah nyata kepada barangan yang tidak bermutu atau perkhidmatan yang tidak memuaskan  Boleh mendapatkan bantuan dari segi perundangan untuk penyelesaian kepada tuntutan apabila perlu.

5.    Hak untuk memilih  
  • Hak untuk diberi peluang memilih pelbagai barangan atau perkhidmatan pada harga yang berpatutan dan mutu yang memuaskan  Pemilihan dibuat setelah didedahkan semua fakta tentang produk tersebut
6.    Hak untuk menyuarakan pendapat  
  • Hak melindungi pengguna dengan mempertimbangkan sepenuh pendapat mereka  Membentuk dan mengubah polisi ekonomi dan lain-lain polisi untuk memelihara kepentingan pengguna
7.    Hak kepada pendidikan pengguna  
  • Hak untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran berkenaan pengguna untuk menjadi pengguna bermaklumat sepanjang hayat  Boleh diperoleh rnelalui kursus, seminar dan lain-lain
8.    Hak kepada alam sekitar yang sihat  
  • Hak mendapat persekitaran fizikal yang boleh memperbaiki mutu kehidupan  Menjamin kesihatan dan kesejahteraan hidup

Masalah Kepenggunaan

     Amalan peniaga yang tidak beretika          
  • Hak pengguna terjejas apabila peniaga yang tidak beretika menjual barangan yang tidak menepati kandungan barangan dan berat barangan mengikut harga yang dibayar oleh pengguna.
  • Selain itu, penjualan barangan yang telah lupus tarikh juga menjejaskan hak pengguna
Pencemaran alam sekitar
  • Peniaga sering menggunakan bahan kimia untuk menghasilkan barangan                   
  • Jika bahan kimia tidak dikendalikan dengan baik, pencemaran alam yang berlaku akan menjejaskan keselamatan dan kesihatan pengguna
Penguatkuasaan undang-undang tidak menyeluruh           
  • Pihak berkuasa tidak menguatkuasakan undang-undang dengan berkesan             mengakibatkan peniaga berani menipu pengguna.
  • Undang-undang yang kurang ketat dan menyeluruh juga menyebabkan peniaga berani melakukan amalan perniagaan yang tidak beretika

            Kejahilan pengguna     
  • Pengguna yang kekurangan pendidikan kepenggunaan tidak mengetahui hak penggunanya 
  • Keadaan ini menyebabkan peniaga mengambil kesempatan untuk menipu pengguna

Sikap pengguna            
  • Sikap pengguna yang acuh tak acuh tentang hak penggunanya akan mudah ditindas oleh peniaga kerana pengguna tersebut tidak akan mengambil tindakan terhadap peniaga walaupun tertipu   
  • Pengguna yang mudah terpengaruh dengan pengiklanan atau kata-kata peniaga juga terdorong untuk ditipu   
  • Pengguna yang boros juga mudah tertipu kerana tidak membuat keputusan pembelian yang bijak I
Campur tangan politik            
  • Menghalang perkembangan gerakan kepenggunaan di Malaysia                     
  • Contoh: Masalah birokrasi dan prosedur pentadbiran yang rumit melambatkan proses penyelesaian masalah kepenggunaan

Matlamat Undang-undang Perlindungan Pengguna

  1. Menjaga kesihatan dan keselamatan pengguna  
·         Undang-undang ini melindungi pengguna daripada makanan, ubat-ubatan dan lain-lain yang berbahaya Ai= apabila perlu              Antaranya seperti Ordinan Ubat-ubatan, Ordinan Binatang 1953, Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan lainlain rga yang berpatutan     
2. Memastikan pengguna mendapat maklumat yang penuh  
·         Undang-undang ini menasihati pengguna mendapat penerangan yang benar dan mencukupi supaya dapat membuat pilihan yang bijak dalam proses pembelian  Undang-undang berkaitan seperti Akta Perihal Dagangan 1972, Ordinan Ubat-ubatan, Ik lan dan Jualan 1956 dan sebagainya pentingan pengguna     
            3. Menjamin ganti rugi pengguna  
·         Undang-undang melindungi pengguna yang ditindas oleh peniaga dan membolehkan mereka mendapat balik menjadi pengguna             ganti rugi  Biasanya, tuntutan tersebut berbentuk tuntutan atas kemungkiran perjanjian dalam kontrak sewa beli
      4.   Melindungi pengguna daripada peniaga yang tidak beretika  
·         Undang-undang melindungi pengguna apabila peniaga mengamalkan amalan tidak beretika seperti menjual barangan yang tidak menepati kandungan dan berat barangan mengikut harga yang dibayar oleh pengguna    Undang-undang berkaitan seperti Akta Perihal Dagangan 1972, Ordinan Ubat-ubatan, Ik lan dan Jualan 1956 dan lain-lain
5. Kepentingan ekonomi pengguna  
·         Undang-undang ini memastikan pengguna dapat menikmati barang pada harga yang berpatutan enjual barangan            
·         Undang-undang berkaitan seperti Akta Kawalan Harga 1946, Akta Sewa Be li 1967, Akta Timbang Sukat ngikut harga yang 1972 dan lain-lain
C. Peranan Badan Berkaitan Dalam Melindungi Pengguna
Badan
  • Persatuan Pengguna

Konsep
  • Satu pertubuhan bukan bermotifkan untung   
  • Mewakili pengguna   
  • Bebas dari sebarang kaitan dengan industri dan perdagangan   
  • Tujuan untuk menguatkan dan      mengembangkan pergerakan pengguna di Malaysia

Peranan/Fungsi
1.    Menerima dan menyiasat aduan  
  • Segala aduan dan rasa tidak puas hati pengguna boleh disalurkan kepada pihak persatuan untuk perhatian   
  • Persatuan pengguna akan mengambiltindakan untuk mempertahankan hak pengguna jika mendapati pengguna ditindas

2.    Memberi pendidikan kepenggunaan  
  • Mengadakan seminar, bengkel, latihan dan kempen berkaitan dengan kepenggunaan untuk menambahkan pengetahuan masyarakat   
  • Menubuhkan persatuan pengguna sebagai aktiviti ko-kurikulum di sekolah supaya pelajar berpengetahuan tentang kepenggunaan sejak zaman persekolahan

3.    Memberi bantuan undang-undang  
  • Mendedahkan hak pengguna kepada pengguna   
  • Persatuan pengguna akan mengambil tindakan undang-undang untuk mempertahankan hak pengguna jika mendapati pengguna ditindas

4.    Menyiarkan maklumat kepenggunaan  
  • Maklumat tentang pelbagai aspek kepenggunaan disiarkan melalui Utusan Konsumer   
  • Pengedaran bahan bercetak ini dapat meningkatkan pengetahuan dan menyedarkan pengguna tentang masalah kepenggunaan

5.    Mewakili pengguna                               
·         Sega la aduan dan rasa tidak puas hati pengguna boleh disalurkan kepada pihak persatuan untuk perhatian
·         Persatuan pengguna akan mewakili pengguna untuk menyuarakan ketidakpuasan pengguna i dan ketidakadilan yang berlaku




Badan
  • FOMCA (Federation of Malaysian Consumers Associations)  

Konsep          
  • Satu badan penasihat dan  penyelaras persatuan-  persatuan pengguna negeri            
  • Bukan bermotifkan untung               
  • Bebas dari sebarang kaitan dengan industri  dan  perdagangan                               
  • Tujuan untuk menguatkan dan  mengembangka pergerakan pengguna di            Malaysia                                 

Peranan/Fungsi
  1. Menguatkan Pembangunan Pergerakan penggguna di Malaysia
·         Bekerjasama dengan pertubuhan tempatan dan antarabngsa yang berpegang kepada matlamat dan prinsip yang sama.
·         Bersama- sama mempromosikan dan melindungi hak pengguna.
  1. Memperbaiki kedudukan pengguna
·         Menyelesaikan isu-isu pengguna
·         Melindungi hak-hak keppentingan pengguna
·         Mempromosikan hak-hak di Malaysia
  1. Menasihati maklumat pengguna kepada persatuan pengguna di Malaysia.
·         Menyediakan maklumat pengguna kepada persatuan pengguna di Malaysia
·         Membantu persatuan mengadakan latihan,kursus, dan bengkel. Mesyuarat serta seminar tentang hal ehwal pengguna.

Kementerian Dalam negeri     
  • Kementerian yang ditubuhkan oleh kerajaan
  • Untuk    mencapai    satu keseimbangan antara kepentingan perdagangan dan kepentingan pengguna.

Peranan/Fungsi
1.    Mengawal dan menyelia perdagangan domestik melalui kawalan harga dan bekalan barang-barang perlu
2.    Memberi perlindungan mengenai hal-hal kepenggunaan
3.    Mentadbir harta intelek yang meliputi hak cipta, cap dagangan, paten dan reka bentuk perindustrian
4.     Mendaftar dan menyelia syarikat amanah
5.    Mendaftarkan perniagaan
6.    Mengeluarkan lesen kepada operasi hiliran yang berkaitan dengan penjualan dan pengedaran produk petroleum
7.    Menyelaraskan dasar berkaitan dengan industri petroleum, petrokimia dan gas
8.    Melaksanakan sistem timbang dan sukat
9.    Membanteras penyelewengan dalam perdagangan



D. Better Business Bureau (BBB)  
  • Persatuan yang ditubuhkan oleh peniaga-peniaga dengan tujuan untuk membantu pengguna mengelakkan atau mengambil tindakan terhadap amalan perniagaan yang tidak beretika

Peranan      
  • Membekalkan maklumat tentang sesebuah syarikat yang pengguna ingin berurusniaga dengannya      
  • Membekalkan  maklumat  mengenai organisasi amal      
  • Membekalkan maklumat kepenggunaan kepada pengguna supaya pengguna boleh membuat keputusan pembelian yang bijak        
  • Membekalkan maklumat kepenggunaan kepada media massa     
  • Menyebarkan maklumat kepenggunaan melalui media massa seperti surat khabar, radio, televisyen dan bahan cetakan lain
  • Memaklumkan kepada pengguna supaya berjaga-jaga tentang amalan perniagaan dan pengiklanan yang tidak sihat apabila perniagaan tersebut enggan bekerjasama dengan BBB untuk menghapuskan amalanamalan tersebut
  • Membantu menyelesaikan sesuatu aduan tentang sesebuah syarikat
  • Menawarkan perkhidmatan pengadilan untuk menyelesaikan pertikaian antara penjual dan pengguna
  • Membantu memupuk aktiviti pengiklanan dan amalan-amalan jualan yang beretika
  • Memantau amalan pengiklanan dan penjualan
  • Memberi ceramah di sekolah, badan-badan bukan kerajaan dan organisasi-organisasi perniagaan     

5.5 JENAYAH KOLAR_PUTIH

A. Definisi 
  • Kesalahan yang dilakukan oleh kakitangan dari golongan kelas pertengahan dan atasan sesebuah organisasi seperti pegawai, pengurus, pengarah dan ahli-ahli profesional yang bersangkutan dengan bidang tugas mereka 
  • Dilakukan dalam urusan syarikat melalui akal dan kuasa yang ada pada seseorang

B. Jenis Jenayah dan Hukuman
Jenis
Rasuah            
·         Satu perbuatan pemberian dan penawaran sebarang ganjaran kepada sesiapa untuk mempengaruhi tingkah laku   
·         Penerimaan ganjaran dengan cara yang salah   
·         Membuat pernyataan palsu seperti memberi butiran palsu dalam dokumen untuk mengelirukan atau memperdayakan majikan   
·         Menyalahguna jawatan untuk mendapatkan suapan dalam membuat keputusan atau tindakan yang ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung
Hukuman
  • Pemberian, penerimaan ganjaran atau penyalahgunaan jawatan
Penjara < 20 tahun atau denda 5 kali nilai suapan atau RM10 000 yang mana lebih tinggi atau kedua-duanya sekali

  • Kewajipan untuk melaporkan transaksi penyogokan
Penjara < 20 tahun atau denda < RM100 000 atau kedua-duanya sekali

  • Membuat tuntutan palsu
Penjara < 10 tahun atau denda < RM100 000 atau kedua-duanya sekali
           
Konsep
Pecah Amanah atau Penyalah gunaan aset syarikat
  • Satu tindakan menyalahgunakan harta yang diamanahkan, iaitu: Menjadikan harta sebagai kegunaan sendiri atau menggunakan harta dengan curang atau menjualkan harta itu melalui cara yang melanggar arahan undang undang yang menetapkan cara arn.anah itu perlu disempurnakan
Contoh:
1.    Penyalahgunaan wang syarikat
2.    Penyalahgunaan  peralatan dan kemudahan Contoh: Merancang agar firma milikan sendiri mendapat projek firma
3.    Penyalahgunaan kepakaran dan maktumat Contoh: Membeli saham atau aset untuk din i sendiri dan menjual kepada syarikat pada harga yang lebih tinggi untuk mendapat keuntungan peribadi yang banyak

Hukuman
  • Penjara 2 tahun hingga 20 tahunatau sebatan dan denda

Jenis
  • Penyelewengan

Konsep
  • Satu tindakan menggelapkan harta, mengambil harta yang bukan haknya, menipu sebarang perbuatan uang boleh mendatangkan kerugian kepada pihak yang memberi tanggunjawab.

Hukuman
  • Penjara 6 bulan hingga 5 tahun serta sebatan.




1. Punca Jenayah Kolar Putih

(a) Kekurangan kawalan dalaman pengurusan  
  • Kurang kepimpinan dan penyeliaan daripada pihak atasan menyebabkan pekerja mudah terlibat dengan jenayah kolar putih 
  • Sistem dan peraturan organisasi yang longgar mewujudkan peluang kepada pekerja melakukan jenayah kolar putih 
  • Tidak menguatkuasakan tindakan disiplin apabila pekerja melakukan kesalahan mendorong berlakunya jenayah kolar putih
(b) Kekurangan nilai-nilai din i individu  
  • Pekerja yang kurang nilai-nilai murni dalam din ini akan mudah terpengaruh   
  • Pekerja yang tidak amanah melakukan jenayah ini untuk kepentingan dini   
  • Sikap pekerja yang tamak dan boros mendorong mereka terlibat dengan jenayah kolar putih yang boleh mendatangkan pulangan lumayan
(c) Dorongan dari sistem hidup dan masyarakat sekeliling  
  • Amalan memberi hadiah menyebabkan pekerja menjadikannya sebagai amalan biasa semasa melaksanakan tugasnya   
  • Persaingan daripada rakan yang kaya mendorong pekerja tersebut terlibat dengan jenayah ini untuk mengejar kehidupan yang sama mewah 
  • Amalan nepotisme menyebabkan pekerja melakukan jenayah kolar putih dalam urusan rasminya

Langkah-langkah Mengatasi Jenayah Kolar Putih
(a) Mengetatkan undang-undang  
  • Mengenakan hukuman yang lebih berat sebagai pengajaran kepada mereka yang terlibat dalam jenayah kolar putih   
  • Membolehkan mereka menyedari bahawa kerugian akibat hukuman adalah lebih banyak daripada keuntungan yang diterima
(b) Usaha pihak pengurusan  
  • Memperkemaskan sistem dan peraturan organisasi supaya menjadi lebih ketat dan teratur 
  • Mengadakan kawalan dalaman,dan kawalan disiplin terhadap mereka yang melanggar peraturan organisasi
(c)   Pendidikan  
  • Mengadakan ceramah, seminar dan lain-lain kepada pekerja dengan menerapkan nilai-nilai moral   
  • Mendapat komitmen daripada pihak atasan dan bawahan organisasi secara keseluruhan untuk menjadikan budaya organisasi sebagai amalan biasa





3. Badan Pencegah Rasuah (BPR)
(a) Tujuan  
  • Mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada gejala rasuah berlandaskan nilai kerohanian dan moral yang tinggi, diterajui oleh kerajaan yang bersih, cekap dan amanah   
  • Menjadikan BPR agensi pembanterasan rasuah yang profesional dan antara yang terunggul di dunia berteraskan prinsip keadilan, ketegasan dan amanah

(b) Peranan  
  • Mengesan perlakuan rasuah dan penyalahgunaan kuasa berasaskan kepada risikan, maklumat dan aduan secara menyeluruh dan cekap   
  • Memperoleh dan mengumpul bukti yang kukuh dan lengkap terhadap perlakuan rasuah dan penyalahgunaan kuasa melalui penyiasatan yang rapi dan cepat   
  • Memastikan kepentingan awam dan keadilan sentiasa terjamin berlandaskan undang-undang dan peraturan negara melalui nasihat perundangan dan dakwaan yang bijaksana dalam kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa   
  • Membantu ketua-ketua organisasi sektor awam dan sektor swasta dalam mengambil tindakan tata tertib terhadap pegawai mereka yang melanggar peraturan dan kod etika kerja berasaskan laporan BPR yang menyeluruh   
  • Menyekat punca dan peluang perlakuan rasuah serta penyalahgunaan kuasa akibat kelemahan dalam sistem pengurusan di sektor awam dan swasta yang dikenalpasti daripada hasil siasatan dan laporan BPR yang analitis.   
  • Meningkatkan penyertaan dan sokongan yang padu dan berterusan di kalangan pemimpin-pemimpil kumpulan-kumpulan berpengaruh dan masyarakat umum dalam usaha-usaha menentang rasuah sena penyalahgunaan kuasa   
  • Memastikan tindakan tertentu BPR dalam perisikan, penyiasatan dan pencegahan rasuah serta penyalahgunaan kuasa dapat dilaksanakan dengan berhikmah melalui perhubungan dan kerjasama agensi agensi berkaitan dalam negara dan di peringkat antarabangsa.   
  • Mewujudkan nilai-nilai unggul, meningkatkan kepakaran dan profesionalisme serta memupuk semanga kerja yang kental di kalangan pegawai-pegawai BPR dengan kepimpinan yang dedikasi clan dinatnis serta melalui program-program latihan yang terancang dan sistematik   
  • Meningkatkan daya kepimpinan dan kualiti pengurusan jabatan di semua peringkat pegawai BPR melala program pembangunan sumber manusia, teknologi maklumat dan proses kerja yang sistematik.

3 comments:

  1. t.k cikguruby...
    mntak izin untuk ambil maklumat... :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum.. boleh saya tahu akta apa yg terlibat dalam akta perlindungan pengguna?

    ReplyDelete
  3. minta daftar pustakanya donk ...


    ps: uang ini sudah tidak sabar masuk ke dompet anda klik http://visitmoney.net/?share=61835

    ReplyDelete