Tuesday, April 3, 2012

Tajuk Tiga - Koperasi dan Organisasi Bukan Bermotif Untung

NOTA PENTING

3.1 KOPERASI

A. Definisi dan Peranan

1. Definisi
Pertubuhan ekonomi yang diusahakan oleh sekumpulan individu secard sukarela yang mempunyai kepentingan bersama

2.    Peranan (a) Memajukan kepentingan ekonomi ahliahlinya
Menyediakan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan, memberi pinjaman dengan kadar faedah yang rendah dengan faedah lain kepada ahlinya
Faedah yang dinikmati ahli-ahli secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf hidup mereka

(b) Menggalakkan kerjasama di kalangan ahli-ahlinya
Koperasi bertindak sebagai agen perpaduan masyarakat
Ia membantu menjalin hubungan yang mesra dan bertoleransi melalui aktiviti yang dijalankan

(c) Mewujudkan keadilan sosial dan ekonomi
Gabungan ahli koperasi mewujudkan kuasa yang berpengaruh dan hak bersuara yang diiktiraf
la membantu mengelakkan eksploitasi dan penindasan terhadap anggota masyarakat yang lemah

(d) Membantu usaha kerajaan dalam pembangunan negara
Penglibatan masyarakat dalam koperasi secara langsung dapat meningkatkan taraf hidup mereka seperti berpeluang menikmati barangan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan
Keadaan ini secara tidak langsung mempercepatkan pembangunan negara.

B. Prinsip-prinsip Koperasi

1. Keahlian terbuka dan sukarela
Terbuka kepada sesiapa yang boleh menggunakan perkhidmatannya tanpa sebarang sekatan, diskriminasi sosial, politik, agama dan lain-lain  
Seseorang itu boleh menjadi ahli asalkan rela menerima tanggungjawab sebagai ahli
Tidak boleh dipaksa kemasukan ahli




2.    Pengurusan demokrasi
Ditadbir oleh mereka yang dipilih atau dilantik dengan cara yang dipersetujui oleh ahli-ahli  
Semua ahli mempunyai hak mengundi yang sama, iaitu seorang ahli satu undi
Ahli boleh mengambil bahagian dalam pembuatan keputusan berkaitan dengan koperasi

3. Faedah modal saham terhad
Kadar dividen tidak melebihi 10% tanpa kebenaran Ketua Pendaftar Koperasi  
Bagi koperasi kredit dan bank, kadar dividen terhad kepada 6%  
Ia bertujuan untuk mengelakkan individu menggunakan koperasi sebagai tempat untuk mencari keuntungan

4.    Keuntungan koperasi diagihkan secara saksama
Lebihan diagihkan dengan adil mengikut sumbangan ahli kepada koperasi  
Setiap ahli mendapat faedah daripada aktiviti yang dijalankan oleh koperasi
Tiada ahli mendapat laba yang melampau berbanding ahli lain

5. Pendidikan koperasi
Membuat peruntukan untuk pendidikan berkaitan dengan koperasi
Ahli-ahli, pegawai dan kakitangan serta masyarakat berpeluang mendapat pendidikan tentang prinsip dan teknik-teknik berkoperasi yang baik dari segi ekonomi mahupun demokrasi  
Meningkatkan kemahiran dan menyampaikan maklumat supaya pihak yang terlibat dapat memainkan peranan dengan berkesan

6. Kerjasama antara koperasi berdaftar
Untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada ahli-ahli dan masyarakat  
Ahli patut bergiat dalam semua cara yang praktikal dengan koperasi di peringkat setempat, kebangsaan dan antarabangsa  
Mengukuhkan semangat sating membantu dan gerakan koperasi untuk memberi kesan positif terhadap sistem ekonomi secara keseluruhan

7.    Prihatin kepada masyarakat
Mementingkan keperluan ahli dan masyarakat  
Berusaha mendapatkan pembangunan berkekalan bagi ahli masyarakat
Melalui dasar-dasar dan keputusan-keputusan yang diterima oleh ahli

C. Jenis-jenis koperasi dan aktiviti koperasi

Jenis Koperasi                                

A ktiviti Koperasi

Koperasi Kredit dan Bank              
Dibahagikan kepada koperasi kredit kampung, koperasi kredit musim, koperasi bank dan koperasi jimat cermat dan pinjaman  
Menyediakan kemudahan kredit, penerimaan deposit dan perkhidmatan perbankan lain dengan kadar yang lebih baik kepada ahli berbanding dengan bukan ahli
Contoh: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia


Koperasi Kenderaan dan Pengangkutan      
Menyediakan perkhidmatan awam seperti bas dan teksi          
Menyediakan pengangkutan komersial seperti lori dan traktor  
Terlibat dalam rancangan pembangunan tanah seperti FELDA, RISDA dan FELCRA yang menjalankan aktiviti seperti mengangkut hasil. hasil pertanian ke kilang-kilang pemprosesan    
Contoh: Koperasi Pengangkutan Pahang Berhad

Koperasi Pembangunan Tanah        
Membangunkan tanah tempatan yang luas dengan projek pertanian
Mengusahakan tanaman untuk jualan seperti getah, koko dan kelapa sawit  
Lebih menumpukan kawasan luar bandar dalam usaha memajukan tanah terbiar
Contoh: Koperasi Pekebun Kecil

Koperasi Perumahan            
Memajukan projek perumahan untuk kemudahan ahli  
Membeli rumah dari pemaju dan menjual kepada ahli dengan harga berpatutuan  
Kebanyakan projek tertumpu kepada rumah-rumah kos rendah c sederhana
Contoh: Koperasi Perumahan Guru-guru Melayu

Koperasi Pertanian              
Membekalkan teknologi baru  
Menyediakan alat kelengkapan  
Memberi latihan  
Petani dan peladang bekerjasama untuk meningkatkan pengeluaran dan pendapatan mereka

Koperasi Insurans                
Memberi perlindungan insurans kepada ahli dan pelanggan
Contoh: Koperasi Malaysia Bhd (MCIS)

Koperasi Pengguna              
Membekalkan barangan dan perkhidmatan yang bermutu kepada ahli dan masyarakat dengan harga yang berpatutan
Contoh: Koperasi Sekolah, Koperasi Kedai Buku USM Bhd

Koperasi Perikanan              
Menyediakan alat kelengkapan menangkap ikan  
Memberi latihan
Membekalkan teknologi baru

Koperasi Industri Kampung          
Mempergiatkan usaha kraf tangan dan industri kampung                
Menambahkan pendapatan ahli

  Jadual Peringkat koperasi

Koperasi peringkat rendah
Sebuah koperasi dimana ahlinya terdiri daripada individu
Jumlah keahlian minimum ialah 100 orang

Koperasi peringkat menengah
Sebuah koperasi di mana ahlinya terdiri daripada koperasi peringkat rendah
Jumlah keahlian minimum ialah dua koperasi peringkat rendah

Koperasi peringkat tinggi
Sebuah koperasi di mana ahlinya terdiri daripada koperasi peringkat menengah
Jumlah keahlian minimum ialah dua koperasi peringkat menengah.

Membuat permohonan kepada pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) melalui pejabat JPK wilayah atau daerah

Setelah mendapat kelulusan daripada JPK, sebuah Jawatankuasa Penaja yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 10 orang dilantik untuk melaksanakan tugas-tugas awalan sepergi berikut:
(i) Menentukan jenis koperasi yang hendak ditubuhkan
(ii)  Menyediakan aturan kegiatan utama dan kegiatan lain termasuk objektif penubuhan koperasi berkenaan
(iii)  Menggubal undang-undang kecil dengan berpandukan undang-undang kecil seragam yang disediakan oleh JPK
(iv)  Mendaftarkan bakal ahli dalam satu daftar dengan memasukkan butiran peribadi ahli. Bilangan ahli mesti sekurang-kurangnya 100 orang

Mesyuarat Agung Penubuhan diadakan untuk:
(i) Mendapat ketetapan dari bakal ahli untuk menubuhkan koperasi
(ii) Menerima undang-undang kecil
(iii)  Memilih anggota Lembaga Pengarah Koperasi. Seorang pegawai dari JPK akan hadir untuk memberi penerangan mengenai hak clan tanggungjawab ahli serta aktiviti koperasi secara am

Dokumen pendaftaran diserah kepada Pendaftar Koperasi tidak lewat daripada 7 hari selepas mesyuarat agung permulaan diadakan. Dokumen yang perlu disediakan seperti:
(i) Borang permohonan pendaftaran yang telah ditandatangan oleh 10 orang AJK Penaja (ii) 3 naskah undang-undang kecil koperasi yang memohon pendaftaran
(iii) Minit mesyuarat agung permulaan yang ditandatangani oleh minimum 50 orang yang hadir

Setelah koperasi didaftar, satu sijil perakuan dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar

Syarat Penubuhan Koperasi

1. Bilangan ahli  tidak kurang daripada 100 orang
2. Syarat ahli
(i)    Warganegara
(ii) Berumur 18 tahun ke atas bagi koperasi biasa dan 12 tahun ke atas untuk koperasi
sekolah
(iii)  Bermastautin bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi koperasi. Bagi koperasi sekolah, ahlinya mestilah penuntut sekolah tersebut
3.    Koperasi sedia ada  tidak boleh yang sama jenis atau sama fungsi dengan koperasi sedia ada dalam kawasan yang sama


Syarat Kehilangan Hak Keahlian
1. Hilang keupayaan mental
2.    Bankrap
3.    Dilucut keanggotaan dan masih dalam tempoh satu tahun dari tarikh perlucutan keahlian
4.    Disabit dengan kesalahan boleh daftar

2. Peranan Badan Berkaitan Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK)
Mendaftarkan penubuhan koperasi baru di bawah Akta Koperasi 1948
Menyelenggarakan tugas pemeriksaan akaun koperasi  
Bertanggungjawab membentuk strategi pembangunan, mengumpul sumber modal dan memperluaskan peluang pekerjaan di sektor perindustrian dan perniagaan  
Meneliti dan meluluskan projek-projek yang dirancang oleh koperasi  
Menggalakkan kegiatan menubuhkan gabungan koperasi di peringkat daerah negeri dan kebangsaan  
Memberi khidmat nasihat, latihan, bimbingan yang berkaitan dengan pengurusan koperasi  
Menggalakkan dan memberi bantuan kepada koperasiyang ingin terlibat dalam sektor utama negara  
Membatalkan atau membubarkan pendaftaran koperasi  Menasihati menteri berkaitan hal ehwal koperasi

Maktab Kerjasama Malaysia
Mengendalikan kursus dan latihan yang berkaitan dengan pengajian koperasi dan memberi diploma bagi kursus tertentu  
Mencetak dan menerbit bahan-bahan serta buku-buku yang berkaitan dengan koperasi  
Menjalankan penyelidikan terhadap aktiviti koperasi
Memberi khidmat nasihat kepada koperasi yang memerlukannya

ANGKASA
Sebagai wakil koperasi bagi koperasi-koperasi yang menjadi ahli ANGKASA  
Memberi tumpuan dan penekanan terhadap aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan  
Mentadbir kumpulan wang khas dan wang am untuk kebaikan aktiviti koperasi  
Mengawasi dan menjaga kepentingan serta menyelesaikan masalah ahli  
Memikirkan dan menyumbang idea yang berkaitan aktiviti dan gerakan koperasi
Menerbitkan bahan-bahan bercetak berkaitan koperasi
Mengutip semula pinjaman  
Sebagai pembiaya pendidikan
Membantu kerajaan menggalakkan dan mengembangkan gerakan koperasi di Malaysia

3.2 ORGANISASI BUKAN BERMOTIFKAN UNTUNG (OBBU) DAN ORG BUKAN KERAJAAN

A. Definisi OBBU

1. Definisi
Pertubuhan yang merangkumi persatuan, kelab atau badan-badan yang bergerak yang ditubuhkan sekumpulan individu secara sukarela untuk kepentingan bersama

B. Prinsip-prinsip Organisasi Bukan Bermotifkan Untung (OBBU)

1. Tidak mementingkan untung
Tidak membuat untung dari segi wang, tetapi mementingkan penerimaan isu yang diketengahkan
2.    Memberi kebajikan kepada masyarakat
Memperjuangkan isu bersama untuk mendapat perhatian pihak tertentu supaya perubahan dapat dilaku
3.    Tidak mempunyai pemilik
Untung dimasukkan kembali ke dalam tabung bagi faedah ahli atau membantu orang ramai y memerlukannya
4. Mempunyai matlamat yang dikongsi bersama
Mengutamakan kepentingan kumpulan lebih daripada kepentingan individu

5. Keahlian terbuka  dan sukarela
Terbuka kepada sesiapa tanpa sebarang sekatan, diskriminasi sosial, politik, agama dan sebagainya tidak boleh dipaksa kemasukan ahli
6.    Pengurusan demokrasi
Semua ahli mempunyai hak yang sama

C. Jenis-jenis Organisasi Bukan Bermotifkan Untung (OBBU) clan Aktiviti

Kategori/Jenis OBBU          
                    Aktiviti
Belia                              
Tumpuan kegiatan yang memberi manfaat kepada belia

Kebajikan                            
Sukarelawan bergiat cergas membuat amal dan memberi sumbangan kepada golongan tertentu yang memerlukan bantuan

Kebudayaan                          
Tumpuan kepada golongan yang berminat dalam kebudayaan dan tnempromosikan aktiviti kebudayaan

Pendidikan                      
Memberi ceramah motivasi, kelas bimbingan, khidmat nasihat pendidikan dan lainlain

Perdagangan                        
Pertukaran maklumat tentang keadaan industri perniagaan dan lain-lain

Sosial dan Rekreasi                  
Ekspedisi mendaki gunung berkayak dan lain-lain

Penjagaan Kesihatan                
Flospital/klinik swasta. rumah orang tua. pusat pemul hail, orang cacat dan lain-lain

Sukan                              
Menggalakkan aktiviti sukan dari segi menyediakan latihan sukan dan penganjuran pertandingan

Agama                                
Aktiviti keagamaan untuk masyarakat yang menganuti agama berkenaan

Wanita                              
Menjahit memasak dan lain-lain untuk kepentingan wanita


D. Penubuhan

1. Proses Penubuhan

Mengadakan mesyuarat penubuhan dengan kehadiran melebih 7 orang untuk:
(i) Menyatakan persetujuan menubuhkan pertubuhan
(ii) Meluluskan nama dan alamat pertubuhan
(iii)  Melantik ahli jawatan kuasa kerja untuk menguruskan pendaftaran pertubuhan
(iv) Menyediakan dan meluluskan undang-undang kecil
Membuat perlaftaran di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri
Menyerahkan dokumen pendaftaran yang terdiri daripada:
(i) Borang permohonan
(ii) Senarai ahli jawatan kuasa kerja dengan butiran peribadi
(iii)  Undang-undang kecil
(iv) Minit mesyuarat penubuhan

Mendapatkan sijil perakuan daripada Pendaftar Petubuhan sebagai bukti penubuhan


3.4 BADAN BUKAN KERAJAAN

A. Definisi dan Peranan

1.    Kumpulan Pendesak
Badan bukan kerajaan yang bukan bermotifkan untung dengan tujuan mendapat sokongan dan menyuarakan pendapat
Tiga cara Kumpulan Pendesak berfungsi
(a) MenghantaLperwakilan untuk berbincang atau mengeluarkan pendapat
(b)  Membekalkan maklumat terbaru kepada pentadbir kerajaan
(c) Bertindak sebagai orang tengah antara rakyat dan kerajaan

Pertubuhan Berdaftar
Pertubuhan yang terdiri daripada parti-parti politik dengan tujuan untuk memenangi pilihan ke Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri, pihak berkuasa tempatan atau Dewan Negara

3.    Pertubuhan Faedah Bersama atau Kumpulan Bersekepentingan
Kumpulan yang bukan bermotifkan untung dengan tujuan memperjuangkan isu-isu yang dikongsi bersama seperti keadaan masyarakat dan hak asasi masyarakat
Ciri-ciri kumpulan ini:
(a) Pemimpin kumpulan ini tidak dipilih melalui pilihanraya umum
(b) Tidak mempunyai perwakilan dalam struktur pemerintahan
(c) Kumpulan terbentuk tertakluk kepada isu tertentu
(d)  Jumlah penyokong boleh meningkat dengan mendadak sekiranya isu yang diperjuangkan merupakan isu yang dikongsi bersama oleh kumpulan lain.

No comments:

Post a Comment